Posts

Showing posts from July, 2023

Yusof Haslam Tak Faham Apa Masalahnya Dengan Puteri Sarah Liyana

Image
  Ada pula yang pertikaikan gaya pelakon Puteri Sarah Liyana ketika ini. Katanya wanita yang baru bercerai hidup dengan suami tak boleh keluar rumah jika keadaan tak terdesak. Ini semua selepas Puteri Sarah kelihatan amat gembira kongsi gambar bersama rakan-rakan selebriti. Susulan itu, Datuk Yusof Haslam tampil pertahankan menantu kesayangannya kerana merasakan tiada masalah untuk Sarah keluar cari rezeki.   Yusof Haslam juga berkata, wajar untuk Sarah tampil cantik dan bergaya biarpun dirinya masih dalam tempoh iddah kerana perlu mencari rezeki. Apa masalahnya jika dia tampil kemas sebagai seorang wanita. Tidak semestinya dalam iddah dia perlu selekeh kerana yang penting Sarah masih mengenakan pakaian yang sesuai dan kekal berhijab. Dalam pada itu, Sarah turut membalas persoalan itu dengan menyatakan dia tiada masalah untuk keluar sekiranya memberitahu bekas suami. Boleh keluar rumah dengan memberitahu bekas suami dalam tempoh iddah. Keluar rumah kalau terd

[VIDEO] ”Resit Wajib Tayang” – Wanita Hantar Anak Sekolah Yuran RM1.3 Juta, Hadiah Untuk Cikgu RM32k!

Image
  Satu perkongsian daripada seorang  wanita  baru-baru ini telah mencuri perhatian warga maya apabila dia dilihat telah menghantar anak lelakinya ke sebuah sekolah antarabangsa di ibu kota. Apa yang menjadi perbualan netizen adalah apabila wanita itu mendedahkan bahawa yuran tadika anaknya itu mencecah sehingga RM1.3 juta. Tidak dinafikan, sekolah antarabangsa sememangnya menyediakan pelbagai fasiliti dan pembelajaran serta persekitaran yang lebih lengkap dan selesa, sesuai dengan yuran yang ditawarkan bagi setiap kemasukan pelajar. @farahwen Pertama kali berpisah dengan anak sulung. Semoga Allah permudahkan semuanya buat anakku. #fyp #internationalschool ♬ UP - INNA Terbaru, wanita itu sekali lagi mengundang perhatian apabila dia menghadiahkan guru anaknya itu dengan barang mewah bernilai RM32,000 sempena majlis perpisahan. Difahamkan, hadiah berupa rantai emas diberikan kepada guru kesayangan anaknya sebagai tanda saguhati sepanjang mendidik dan mengajar si

[VIDEO] “Dah ‘Sedekah’ Pun Menyalak Lagi, Tak Tenang Lah Tu” – Puteri Sarah Sindir Ira Kazar Ke?

Image
  Nama pelakon, Puteri Sarah sekali lagi jadi bualan netizen selepas dia membuat sesi ‘live’ di akaun Tiktok miliknya. Apa kes pula ni? Kalau korang lihat satu video dikongsikan seorang pengguna di  Tiktok ini menunjukkan potongan video sesi ‘live’ Puteri Sarah yang seakan-akan menyindir seseorang. Sarah mengatakan yang dirinya sudah pun move on daripada kisah penceraian serta kisah-kisah lain bersama bekas suaminya, Syamsul Yusof. @dinaraaa...97 Dah bgi Pun MenyaLak Lgi Maknanya x TenangLah #puterisarahliyana #syamsulkahwinirakazar #artismalaysia #viral #tiktok #fyp #fypシ ♬ bunyi asal - SingLeMama...🥀 Kita dah bagi apa dia nak, kita dah sedekah kat korang, so apa lagi korang nak? So kalau dah bagi pun, masih menyalak lagi so maknanya tak tenanglah? Bukan tu jer, Sarah juga tak mahu melayan provokasi daripada pihak yang dipercayai adalah keluarga Ira Kazar. Kalau korang tengok ruangan komen, rata-rata netizen sangatlah berpuas hati dengan kata-kata yang dilontarkan ole

Didakwa Bercinta Dengan Suami Orang Siap Laga Pipi Dan Lentok Di Bahu, Ini Penjelasan Shakila Khoriri

Image
  Sebentar tadi kami ada melaporkan yang ada dakwaan tentang seorang pelakon wanita popular berstatus ibu tunggal sedang hangat bercinta dengan suami orang. Menerusi laporan  mStar , rupanya pelakon yang dimaksudkan itu adalah Shakila Khoriri yang dilihat sedang ‘selfie’ sambil berlaga kepala sambil lentok di dada lelaki tersebut yang dikatakan seorang ahli perniagaan. Bukan tu jer, individu yang mendedahkan perkara ini juga mengatakan yang lelaki itu pernah ikut Shakila ke Sabah untuk menjalani penggambaran. Biar betul? Walau bagaimanapun, pelakon itu tak berdiam diri dah beri respon berkenaan isu ini dengan berkata bahawa dia yakin yang ada pihak mahu menjatuhkannya sehingga menyebar fitnah. Saya rasa ada individu di sebalik ini dan dia mengenali saya. Kalau ada masalah, boleh terus hubungi, jumpa terus sebab fitnah yang disebarkan ini sangat melampau. Pelakon itu juga turut mengatakan yang sekarang ni dia bertemu dengan ramai orang disebabkan kerjanya sebag

Wanita murung nampak tuan rumah warga Singapura hidu ‘spender’ merah… Londeh tuala sambil onani dalam bilik sewa

Image
  SEORANG  wanita warganegara Malaysia trauma apabila melihat pemilik rumah sewanya di Singapura melakukan sesuatu yang menjijikkan. Melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV), wanita itu melihat tuan rumah berkenaan beronani menggunakan seluar dalamnya. Melalui satu hantaran tular di Facebook, wanita itu bersama teman lelakinya dikatakan menyewa sebuah bilik tidur di rumah flat yang mempunyai jumlah empat bilik. Menurut teman lelaki mangsa, terdapat sepasang lagi warganegara Malaysia turut menyewa di dalam rumah flat yang sama. “Kami pindah masuk pada bulan Jun tahu lepas, penyewa sebelum kami maklumkan yang tuan rumah selalu bawa calon penyewa untuk melihat kediaman ketika ketiadaan orang di rumah. “Jadi sebagai langkah berjaga-jaga, kami pasang CCTV dalam bilik tidur pada November tahun lalu,” ujarnya. Namun begitu, pada 17 Mei, mangsa menerima notifikasi ketika dia sedang bekerja mengatakan ada seseorang memasuki biliknya. Apabila dia memeriksa rakaman CCTV itu, dia

Tikam suami hingga mati ketika berbalah mengenai isteri kedua

Image
  Seorang wanita dari Kofar-Dumi Bauchi, Nigeria didakwa menikam suaminya sehingga mati semasa bertengkar mengenai isteri kedua, lapor laman berita Leadership News semalam. Mangsa, Aliyu Muhammad difahamkan meninggal dunia akibat mengalami kecederaan di dada selepas ditikam manakala isterinya, Maimunatu Sulaiman turut mengalami lebam kecil. Pemangku Pegawai Perhubungan Awam Polis Negeri Bauchi, Asisten Superintendan Aminu Gimbal Ahmed berkata, wanita itu disoal siasat berhubung kejadian tersebut. Aminu berkata, wanita berkenaan telah pun mengaku melakukan kesalahan itu sambil menambah bahawa kes tersebut telah dipindahkan ke Jabatan Siasatan Jenayah untuk tindakan lanjut. “Siasatan diteruskan dan suspek akan didakwa ke mahkamah selepas siasatan selesai. “Kami bertindak atas maklumat yang diterima pada 5 Julai kira-kira pukul 11.40 malam (waktu tempatan). “Detektif yang bertugas di ibu pejabat Polis Bahagian Perbandaran Bauchi menahan Maimunatu yang berumur 21 tahun ke

Pengamal ilmu hitam bunuh isteri… Makan otak dan jadikan tengkorak mangsa sebagai bekas abu rokok

Image
  SEORANG  pengamal ilmu hitam di Mexico tergamak membunuh isterinya, kemudian memakan otak serta menjadikan tengkorak wanita tersebut sebagai bekas abu rokok. Suspek berusia 32 tahun, hanya dikenali sebagai Alvaro, telah ditahan di rumahnya di Puebla, pada 2 Julai lalu. Dia dituduh melakukan jenayah kejam itu pada 29 Jun ketika berada di bawah pengaruh bahan terlarang. Semasa disoal siasat, dia didakwa memberitahu pegawai bahawa Dewa Santa Muerte (Saint Of Death) dan syaitan telah mengarahkannya untuk melakukan jenayah itu. Suspek mengerat mayat isterinya, Maria Montserrat, memasukkannya ke dalam beg plastik dan didakwa membuang sebahagian bahagian mayat ke dalam gaung di belakang rumah. Menurut sumber terdekat, suspek mengaku memakan sebahagian otak isterinya dengan taco (makanan tradisi Mexico) dan menggunakan sebahagian daripada tengkoraknya yang hancur sebagai bekas abu rokok. Dua hari selepas pembunuhan itu, dia dipercayai menghubungi salah seorang anak tirinya u

[VIDEO] “Nama Pun Konsert, Bukan Majlis Ceramah ” – Menari Terlebih ‘Over’, Gadis Bertudung Tampil Beri Penjelasan

Image
  Sebelum ini, tular di aplikasi TikTok memaparkan kelincahan seorang gadis yang mendapat perhatian orang ramai apabila menari di kawasan tempat duduk penonton di program Big Stage 2023. Bagaimanapun, aksi lincah gadis itu menari lagu Sengol Sengolan cubit Cubitan nyanyian Mas Idayu telah mengundang rasa kurang senang netizen memandangkan dia bertudung. Tampil memberi penjelasan, gadis dikenali sebagai Nur Afrina Mohktar mendedahkan dia sebenarnya adik kepada salah seorang peserta yang bertanding iaitu Aufa Hanie. @beautifulnara Tuu orang kata jangan seronok sangat nanti lupa semua benda #sembangentertainment #trendingnewsmalaysia #bigstage ♬ original sound - Beautifulnara.com Menerusi temu bual bersama Mstar, Afrina berkata ini bukan pertama kali dia melakukan aksi menari itu dan tidak menyangka kali ini tindakannya dirakam dan video tersebut menjadi tular. Lagi pun kita dekat konsert kan, nak meriahkan suasana dekat konsert, so kita boleh hype. Namun, Afrin

Fazura Dedah Ada Pelakon Wanita ‘Try’ Menyondol Fattah Amin

Image
  Pelakon dan usahawan jelita,  Nur Fazura berkongsi pengalaman berhadapan dengan insiden pelakon wanita yang cuba untuk mendekati suami kesayangan, Fattah Amin ketika berada di set penggambaran. Kongsi Fazura, dia bersyukur dirinya bukan seorang yang kuat cemburu dan Fattah pula tidak melayan godaan pelakon wanita itu. Katanya lagi, dia tidak pernah berbincang mengenai isu itu kerana mempercayai suaminya seratus peratus. Faz seorang yang tak jeles sebab saya percaya suami saya. Alhamdulillah Fattah suami yang baik. Memang ada insiden sebelum, sebelum ada orang pernah mencuba-cuba mendekati Fattah. Tapi saya tak tanya pun kat Fattah. Ujar pelakon filem Pisau Cukur ini, perkara tersebut disampaikan sendiri oleh kru penggambaran dan dia bersyukur Fattah tidak terperangkap dengan godaan aktres tersebut. Ada satu insiden tu masa dekat premier filem pun, masa tu Faz tengah pregnant, pernah ada cubaan itu dan disaksikan oleh keluarga Faz sendiri. Tapi saya cool saja, sa

[VIDEO] Adlin Aman Ramli persoal gelaran dibawa Ustaz Tido – “Mana kau dapat?”

Image
Baru-baru ini, tular satu video di aplikasi TikTok memaparkan pelakon  Adlin Aman Ramli mempersoalkan tentang gelaran ustaz  yang dibawa oleh seorang lelaki dikenali sebagai  Ustaz Tido  dalam sebuah sesi siaran langsung. Menerusi akaun @malaysiakantoi, pelakon berusia 51 tahun itu bertanyakan mengenai tahap pendidikan agama Ustaz Tido atau nama sebenarnya Khailil Razak kerana dipercayai aktif menyampaikan motivasi di media sosial. @malaysiakantoi Ustaz Tido menerima kecaman netizen. Pelakon Adlin Aman Ramli turut sekolahkan Ustaz Tido atas gelaran ‘ustaz’ yang dibawanya menjadi sangsi terhadap netizen hanya ingin membawa kepada keuntungan peribadi. #berita #news #trending #malaysiakantoi #kantoi #viral #masukberanda #fyp #fyp #terkini #masukberanda ♬ Oh No - Kreepa “Gelaran ustaz ni mana kau dapat? Sekolah agama mana? Sekolah rendah ke menengah? Tahap apa sekolah agama sampai bawa gelaran ni? “Apesal muka bongkak sangat? Jawablah baik-baik. Jawab cara yang bersesu

“Sulit Untuk Didedahkan” – Kes Saman Puteri Sarah Dan Ira Kazar Akhirnya Selesai

Image
  Pelakon Puteri Sarah Liyana dan bekas madunya, Ira Kazar akhirnya mencapai kata damai apabila kes saman mereka termasuk dua ahli keluarga berhubung gangguan orang ketiga diselesaikan cara baik di luar mahkamah. Memetik laporan  Harian Metro , peguam pelakon itu iaitu Puteri Ummi Kartini Abd Latiff berkata, persetujuan antara mereka direkodkan di hadapan Hakim Norakhmar Mohd Sani. Kes Puteri Sarah dan Ira Kazar selesai Namun, peguam tak dapat menerangkan secara terperinci kerana ada perkara sulit untuk didedahkan. Apa-apa pun kedua-dua pihak bersetuju kes selesai cara baik. Mahkamah merekodkan penghakiman persetujuan pihak-pihak (Puteri Sarah Liyana dan Ira Kazar) pada hari ini di mana mereka menyelesaikan kes secara damai di luar mahkamah Ada perkara yang sulit untuk didedahkan, jadi kes ini diselesaikan secara baik. Kes selesai. Saya mewakili Puteri Sarah selaku plaintif, manakala Ira Kazar sebagai defendan diwakili peguam, Ammar Ghalip. Terdahulu, Puteri

Artis BBNU Kantoi ‘Like’ Video Porno Sebab Guna Nama Akaun Sebenar

Image
  Seorang individu mendakwa ada seorang artis BBNU lelaki kantoi tekan tanda suka pada sebuah video lucah di laman Twitter. Individu itu bagaimanapun tidak mendedahkan siapa pelakon berkenaan dan menyatakan dia merupakan pelakon baru yang sedang meningkat naik.   Individu itu turut terkejut apabila perbuatan menekan tanda suka pada bahan lucah dilakukan dengan akaun sebenar tanpa selindung. Ada yang kata artis BBNU ni pernah tercalon ABPBH? Rata-rata netizen di ruangan komen pula seakan dapat meneka siapakan gerangan pelakon BBNU terbabit. Mereka juga mendakwa pelakon terbabit merupakan salah seorang calon anugerah BBNU di Anugerah Bintang Popular BH. Tapi Ohmedia ada satu persoalan jer. Macam mana boleh tahu pelakon tu tekan butang suka dekat bahan lucah? Tengok juga eh? Kah! Kredit: Twitter

Tengah ’sedap’ keluar dating tiba-tiba bakal BF lesap, beg tangan dalam kereta angkut sekali

Image
  TEMU  janji bersama teman wanita atau lelaki adalah lumrah dalam percintaan. Ia merupakan sebahagian daripada proses untuk mengenali pasangan dengan lebih dekat kerana komunikasi melalui platform elektronik sahaja tidak memadai. Namun risiko keselamatan amat tinggi kerana tiada siapa yang tahu jika seseorang itu mungkin mempunyai niat serong. Ciapan asal di Twitter. Seperti yang berlaku terhadap seorang gadis ini, dia mengadu ditinggalkan secara mengejut oleh lelaki yang dikenalinya melalui aplikasi mencari jodoh ( dating app ), baru-baru ini. Bagaimanapun kes itu sudah diselesaikan dengan baik dan ia diminta supaya dijadikan pengajaran kepada wanita di luar sana. “Saya kenal secara  online  dengan seorang lelaki ini, saya keluar  dating  naik kereta dia. Tiba-tiba dia hilang macam tu je dengan barang peribadi saya masih dalam kereta dia. “Namun saya nak ucapkan terima kasih banyak dekat ayah dia sebab sudi beri kerjasama. Dah dapat semula barang saya. Ini satu penga

Bekas menteri hutang puluhan juta, Aliff Syukri tuntut bayar segera

Image
  Ahli perniagaan yang juga pempengaruh, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman menuntut seorang bekas menteri bergelar Tan Sri untuk menjelaskan hutang berjumlah puluhan juta kepadanya. Aliff mendakwa, beliau berkali-kali cuba menghubungi individu tersebut, namun sehingga kini masih tiada respons. “Tak akan bekas menteri macam ini, saya hubungi dia tak angkat, saya WhatsApp dia tak balas. Dulu nak minta bantuan, dia lah terhegeh-hegeh nak jumpa saya. “Saya tak nak cerita perkara sebenar, nanti malu satu keluarga Tan Sri. Jadi saya sabar sahaja… orang Langkawi mesti kenal dia hartawan satu Malaysia,” katanya dalam satu hantaran di Instagram pada Ahad. Hantaran tersebut mendapat perhatian pengguna di laman maya berkenaan dengan lebih 11,000 tanda suka diberikan. Pemilik akaun bernama FiziHassan88 mendakwa bahawa dia cukup mengenali Tan Sri itu. “Saya kenal Tan Sri ni sebab saya pernah bekerja di hotel miliknya. Saya berhenti dari hotel itu pun sebab, malas nak sebut,” kata FiziHassan

Fizz Fairuz beli anugerah?

Image
  Pelakon Datuk Fizz Fairuz menafikan dakwaan yang mengatakan dia ‘membeli’ anugerah Best Business Award 2023 yang diterimanya dalam majlis Anugerah Perniagaan Terbaik Malaysia 2023, baru-baru ini. Fizz atau nama lengkapnya Mohd Fairuz Zainal Abidin, 43, berkata berkemungkinan tuduhan itu dilemparkan netizen disebabkan perniagaan yang diusahakan bersama isteri, Datin Almy Nadia tidak mendapat perhatian umum. Pun begitu, Fizz menjelaskan dia sama sekali tidak tersinggung mahupun mengambil hati dengan dakwaan tersebut. Sebenarnya anugerah itu diberikan oleh orang. Ya saya tahu di laman sosial TikTok ramai yang bertanya saya berniaga apa sehingga diberikan anugerah. Saya bukannya Meerqeen atau Anna Jobling yang orang ramai ikuti setiap perkembangan. Saya sememangnya ada berniaga, dan ada produk yang saya jual seperti songkok, sambal yang juga sudah sampai ke Turkiye, dan juga produk kecantikan seperti gincu. Ada lima produk yang saya jual. Takkan semua saya nak cerita pada or

[VIDEO] Teka-teki terjawab! Jep akui tak dijemput hadir ke majlis kahwin Shuib

Image
  Ketiadaan pelawak yang juga penyampai radio,  Jep Sepahtu  ketika  majlis perkahwinan  sahabat baiknya,  Shuib  bersama pasangan, Watie Hanifiah pada 23 Jun lalu menarik perhatian ramai sehingga mencetuskan tanda tanya. Kini, teka-teki ketidakhadiran Jep ketika majlis perkahwinan Shuib akhirnya terjawab setelah seminggu membiarkan peminat menyelesaikan ‘puzzle’ yang hilang dalam satu sesi siaran langsung santai di kampung halaman menerusi aplikasi TikTok. Saya tak dijemput Jep atau nama sebenarnya Muhd Nadzri Zainal Abidin menjelaskan perkara tersebut setelah disoal oleh pengikutnya di TikTok berkali-kali mahukan jawapan sebenar. “Jep kenapa tak pergi kenduri kahwin Shuib?”tanya salah seorang pengikut. Tanpa berselindung atau menggunakan kata-kata kiasan, pelawak berusia 38 tahun itu menjawab dan mendedahkan dirinya  tidak menerima jemputan daripada Shuib . @ichanurintashah Jep live ptg smlm part 1 of 3. Like dan komen ye gaiss. #jeptapan #jepsepahtu #fyp #fypシ゚v

[VIDEO] “Iye Haram Akak Tahu” – Wanita Minum Minuman Tak Halal Dalam Live Tarik Perhatian Umum

Image
  Terbaru, tular satu video di media sosial mengenai seorang wanita bertudung minum satu minuman yang tidak halal secara terbuka dalam  live. Tindakan wanita itu telah mengundang kecaman ramai kerana dianggap tidak mencerminkan keperibadian seorang wanita bertudung. Minuman tak halal @xtraajose mungkin dia tgh stress, kita doa yg baik²tapi cara healing tu salah #nur666 #nur666eksiden #pemandumabuk ♬ original sound - aku adalah lelaki Dalam video yang tersebut, wanita itu turut mengakui minuman yang diminumnya tidak halal selepas ditegur oleh netizen. Iyer haram, akak tahu dik. Akak tahu, terima kasih untuk nasihat itu ya. Dalam ruang komen, ramai netizen mengkritik tindakannya yang memilih cara demikian sebagai cara untuk menghilangkan rasa   stres. Adeh, kita doa yang baik-baik sahaja buat akak ni. Kredit:  TikTok