Suami Heliza Helmi Akhirnya Bersuara Tentang Dakwaan Dirinya ‘Scammer’

Suami Heliza Helmi Akhirnya Bersuara Tentang Dakwaan Dirinya ‘Scammer’ Suami kepada penyanyi, Heliza Helmi iaitu Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman tampil menafikan dakwaan yang dilemparkan pemilik akaun Facebook bernama Pseudoscience Watch terhadapnya yang mendakwa dirinya melakukan penipuan melalui perniagaan yang dijalankan. Demi bersihkan nama baik Menerusi hantaran dibuat melalui Facebook, Mahadi atau lebih mesra dipanggil Abang Dee itu mendedahkan bahawa segala dakwaan dan tuduhan itu adalah palsu serta fitnah yang berniat jahat bertujuan untuk memburukkan namanya. Menurutnya, pihak Pseudoscience Watch tidak pernah menghubunginya bertanyakan mengenai produk Kankyo Energy yang dikatakan telah menipu orang ramai, Saya merujuk kepada perkara di atas dan ingin menjawab terhadap segala tuduhan-tuduhan palsu, tidak benar, berniat jahat dan merupakan satu fitnah terhadap saya di mana kononnya saya telah melakukan scam kepada orang awam melalui produk syarikat iait...