Hattan dakwa tak tahu itu program ‘live’?

Cerita sebenar di sebalik video tular Datuk Hattan dan pembaca berita Astro Awani, Nursyazwani Saiful Sham terbongkar apabila penyanyi terbabit memaklumkan tidak mengetahui ia adalah temubual secara langsung. Perkara ini dijelaskan seorang teman rapat Hattan, Salimey Abu Bakar menerusi TikTok. Menurutnya, dia menonton siaran berita Astro Awani kelmarin pada jam 10.40 pagi dan berasa ada sesuatu yang tidak kena berlaku. “Saya terus hubungi Hattan dan bertanyakan situasi sebenar. Soalan pertama yang saya ajukan, adakah tahu panggilan tadi ‘live’? “Jawapan yang diberikannya, apa live? Aku tak tahu, katanya. Saya tanya lagi, biar betul Hattan tak tahu? Tak tahu, aku tengah baring mereka ‘call’ tanya soalan, aku jawablah macam biasa. “Kalau kita pun dalam situasi begini mungkin kita pun jawab macam sembang biasa kawan-kawan. Saya pun jawab dengan Hattan… ohh ya ke,” cerita Salimey. Menurutnya, dalam pemikirannya tidak mungkin Hattan tidak tahu protokol apabila ditemubua...