Usahawan kosmetik senang hati miliki ‘handbag’ emas bernilai lebih RM160,000 - “Beg tangan biasa dah banyak”

Usahawan ini menunjukkan beg tangan yang diperbuat daripada emas. "INILAH beg tangan mewah yang sebenar!" Seorang wanita mendapat perhatian di media sosial gara-gara mempunyai beg tangan yang diperbuat daripada emas. Lebih menarik perhatian apabila rekaan aksesori mewah itu kelihatan seperti beg tangan daripada jenama mewah antarabatigsa. "Alhamdulillah, Mashallah, Tabarakallah... beli tas (beg tangan) emas lagi. "Harganya mencecah 553 juta (Rupiah) (RM161,428)," kata wanita yang berasal dari Indonesia itu. Resit yang menunjukkan pembelian bernilai 553 juta Rupiah. Menerusi video berdurasi 29 saat yang dimuat naik di TikTok, wanita yang merupakan pengusaha produk kecantikan bernama Mira Hayati berkata, dia be...