Posts

Showing posts from May, 2023

Bikini Leona jadi bualan, Azhar Sulaiman masuk komen

Image
  Anak kepada pelakon Azhar Sulaiman sekali lagi mencuri perhatian selepas sepotong video pendek viral di TikTok memperlihatkan Kasih Iris Leona bersama rakan-rakannya melakukan aktiviti bermandi sungai. Menerusi video berdurasi 39 saat yang dikongsikan semula oleh peminat di platform berkenaan, Leona mengejutkan ramai pihak apabila tampil memakai bikini berwarna putih dengan bahagian dada dan punggungnya terdedah sekaligus membuatkan ramai pihak berasa kurang senang dengan tindakannya itu. “Suns out, bums out,” tulisnya pada paparan video berkenaan. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meninggalkan pelbagai respons terhadap hantaran berkenaan. Tidak kurang juga yang tampil meninggalkan komen-komen ‘lucah’ bersifat sarkastik kepada Leona. Bagaimanapun, menerusi pemerhatian di platfom TikTok milik Azhar Sulaiman, dia memaklumkan, tidak sempat untuk melihat video anaknya itu dan bersyukur Leona telahpun memadam video tersebut di akaun sosial media miliknya. “Mami d

Fasha, padam gambar Kazar – Netizen

Image
  Pelakon jelita, Fasha Sandha memuat naik beberapa gambar bersama pelakon veteran, Kazar yang telah mengundang pelbagai reaksi warganet. Menerusi perkongsian di Instagram (IG), pelakon berusia 39 tahun dilihat sedang menjalankan penggambaran drama terbaharu di negeri Perlis dengan beberapa pelakon-pelakon lain termasuk Kazar. Bagaimanapun, hantaran tersebut telah menjadi perhatian warganet yang dilihat kurang senang aktres itu bergambar bersama Kazar. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa meluat dan meminta pelakon drama Rampas Cintaku itu untuk memadam gambar-gambar tersebut. Terdahulu, tindakan Kazar menjadi wali kepada anaknya Ira semasa bernikah dengan pengarah sensasi, Syamsul Yusof di Thailand kecoh diperkatakan kerana Ira didakwa menjadi punca keretakan rumah tangga antara Syamsul dan Puteri Sarah.  Sumber: Instagram   Klik sini untuk close

[VIDEO] Puteri Balqis Naik Kuda Sampai Terselak ‘Dress’ Undang Kecaman Netizen

Image
Tular video pelakon remaja, Puteri Balqis sedang menaiki kuda telah mengundang kecaman netizen. APa kes tu? Kalau korang tengok video tu, Puteri Balqis atau lebih dikenali sebagai Aqish mengenakan baju ‘dress’ berwarna putih dan netizen merasakan ia tidak sesuai digayakan ketika menaiki kuda. Hantaran video itu sekaligus mengundang pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya tampil memberi teguran buat Puteri Balqis. Kata netizen lagi, Aqish juga seolah-olah membiarkan sahaja lelaki menyentuh badannya ketika menaiki kuda tersebut. Malah ada yang turut menyifatkan perangai pelakon itu ‘2 kali 5’ sahaja dengan sindiran yang dibuat terhadap seorang pelakon remaja yang tular hujung minggu lalu. @meklinnnnn Siapa yang wajib tutup aurat? Boleh dengar sampai habis. Moga bermanfaat 🥰 #dakwahtiktok #positivevibes #spreadlove #selfreminder #ceramahislam #jagaaurat #ustazazharidrus ♬ original sound - Meklinnn - Meklinnnnn Klik sini untuk close

[VIDEO] Budak BBNU Buat Hal Di Retro Havoc Punca Bumper Jatuh Dan Spoiler Kereta Patah

Image
  Seperti tahun-tahun sebelum ini, acara Retro Havoc mengumpulkan para peminat untuk melihat kira-kira 1,000 kereta klasik serta 50 motosikal dipamerkan kepada umum. Acara yang berlangsung di The Curve, Mutiara Damansara Sabtu lalu menyaksikan lebih 70,000 ribu pengunjung yang hadir, fuh meriah! Namun, difahamkan acara itu dicemari pengunjung yang melanggar peraturan apabila sesuka hati menyentuh kereta. Siap ada yang duduk ‘bertenggek’ semata-mata untuk mengambil gambar bersama kereta itu. Tak cukup di situ, anak-anak muda yang hadir berlari-lari untuk merakam deruan ekzos daripada kenderaan yang ada di situ. Menerusi perkongsian yang dibuat pengguna Facebook Yazid Ajied, dia menyaksikan sendiri perkara-perkara tak diingini itu berlaku. Aduh spoil!   Di TikTok, pemilik kenderaan sendiri mengeluh apabila kereta yang dipamerkan tercalar dan cermin sisi patah. Walaupun amaran telah diberi, pengunjung dikatakan langsung tak mengendahkannya.

[VIDEO] Jelir Lidah ‘Menganjing’, Peninju Thailand Rebah Kena Pukulan K.O Remaja Malaysia

Image
  Atlet Muay Thai Negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar sekali lagi mencipta sensasi di pentas ONE Championship selepas menumbangkan lawan dalam perlawanan Jumaat lalu. Johan Ghazali atau lebih dikenali sebagai JoJo mencuri perhatian apabila membuat pukulan knockout (K.O) terhadap peninju dari Thailand Tai Sor Jor Piek Uthai. Provokasi Tai Menariknya lagi, Tai dilihat cuba memprovokasi Jojo dengan menjelirkan lidahnya ketika perlawanan sedang berlangsung. Walau bagaimanapun, atlet dari Sarawak itu tidak termakan dengan amarah sebaliknya pukulan padu peninju berusia 16 tahun itu hinggap di muka Tai. Pukulan K.O itu nyata membuatkan peninju Gajah Putih “terbaring” di atas gelanggang sebelum sorakan tanpa henti oleh peminat-peminat bergema. Video pukulan K.O oleh peninju negara itu turut dimuat naik oleh ONE Championship di platform Instagram. View this post on Instagram A post shared by ONE Championship (@onechampionship) Dalam video berkenaan, Tai s

Ahli Perniagaan Ditipu RM500K Dengan Tawaran Darjah "Datuk Seri"

Image
  Seorang lelaki berusia 63 tahun mendakwa telah mengalami kerugian sebanyak RM571,000 selepas menjadi mangsa penipuan individu yang menyamar sebagai ‘Datuk Pengelola Bijaya Istana Pahang’ pada pertengahan Februari lalu. Suspek dikatakan menelefon mangsa yang juga merupakan seorang kontraktor dan menawarkan tawaran darjah kebesaran yang membawa gelaran ‘Datuk Seri’. Suspek berkata masih terdapat enam kuota lagi bagi memenuhi kekosongan anugerah kebesaran tersebut. Mangsa Salur RM571,000 Melalui 32 Transaksi Scammer itu memaklumkan tiada bayaran dikenakan bagi anugerah darjah kebesaran tersebut tetapi mangsa hanya perlu membuat sumbangan bagi ‘program-program istana’. Teruja dengan tawaran yang diberikan, mangsa bersetuju untuk menerima tawaran tersebut dan turut mempelawa empat lagi rakannya untuk bersama-sama mendapat gelaran berkenaan. Menurut Ketua Polis Pahang, Datuk Yahaya Othman, bermula Februari lalu, suspek mula meminta beberapa sumbangan da

Qistina Raisah Mahu Puteri Balqis Cerita Hal Sebenar

Image
  Baru-baru ini, pelakon remaja Puteri Balqis ada meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pelakon berumur 14 tahun kerana didakwa memerlinya secara tiba-tiba. Melalui status yang dibuat oleh Puteri Balqis, ciri-ciri pelakon remaja itu seakan sama dengan Qistina Raisah dan netizen turut meninggalkan banyak komen di platform pelakon terbabit untuk memohon maaf kepada Aqish. Pihak mStar telah menemubual Qistina untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan isu ini dan sememangnya Qistina terkejut timbul dakwaan bahawa berlaku perselisihan faham dengan Aqish. Tidak mahu isu yang terjadi berpanjangan, Qis meminta agar pelakon remaja berumur 16 tahun perjelaskan hal sebenar secara terbuka dan memberitahu kepada umum bahawa semua yang berlaku adalah salah faham. Jika benar apa yang diperkatakan itu adalah untuk saya, tidak sangka begitu sekali dia merendah dan menghina saya. Dalam pada itu, Qistina turut meluahkan rasa kesal terhadap status yang ditulis oleh Aqish yang sanggup mengelua

Wanita menyesal minta cerai, 20 tahun berkahwin wanita ini tak sedar rupanya suami sembunyi harta dekat RM64 juta

Image
  Wanita menyesal minta cerai, 20 tahun berkahwin wanita ini tak sedar rupanya suami sembunyi harta dekat RM64 juta. Seorang wanita mendapati bekas suaminya seorang jutawan yang menyembunyikan harta berjumlah (RM64 juta) selama 20 tahun. Strategi tersebut bertujuan untuk mengelak daripada tuntutan penyelesaian perceraian, lapor portal berita VN Express hari ini. Wanita yang dikenali dengan nama samaran Yu Hong itu berkata, dia terkejut selepas dimaklumkan oleh mahkamah bahawa bekas suaminya memiliki 18 hartanah komersial dan secara rahsia ialah seorang jutawan, demikian menurut akhbar South China Morning Post. Sepanjang 20 tahun mereka berkahwin, dia menjadi suri rumah sepenuh masa, manakala bekas suaminya yang memiliki nama keluarga Qin itu terlibat dalam aktiviti perniagaan . Mahkamah pada mulanya menolak permohonan cerai Hong. Apabila Hong meminta cerai buat kali kedua enam bulan selepas permohonan pertamanya, dia membongkar rahsia bekas suaminya dan mahkamah membenarkan p

Baby Shima diminta ‘berehat’

Image
  NYANYIAN pun biasa, jadi kalau bukan sebab kontroversi, nama Baby Shima mungkin agak sepi dalam radar dunia hiburan tanah air. Tidak pernah sunyi namanya daripada sebarang kisah panas. Ada sahaja cerita sensasi yang hendak diulas, dicetuskan atau dilemparkan kepadanya. Kadang-kadang bukan sahaja Diva yang penat tetapi netizen juga mengakui, mahu Baby Shima berhenti terkait atau menjadikan dirinya sebagai topik utama apa jua kontroversi yang timbul. Bukan benci tetapi nasihat! Ramai pesan supaya Shima ambil masa ‘berehat’ sebentar dari dunia media sosial yang memang sentiasa menyakitkan hati. Diva pun tak tahu nak nasihat apa lagi, kalau boleh janganlah terus cemar imej sendiri dan juga genre yang diperjuangkan. Berhenti jadikan diri sebagai bahan kandungan dalam media sosial ya.  

Ameera tayang bikini merah, Neelofa pertahan adiknya masih boleh dibentuk

Image
  Meskipun sering dihambat kontroversi, selebriti popular, Neelofa percaya adiknya, Ameera Khan atau lebih dikenali sebagai Little Miss Khan masih mempunyai sisi positif dan boleh dibentuk. Neelofa berkata, Ameera seorang yang mendengar cakap dan boleh menerima nasihat terutama jika nasihat datang daripada dirinya dan abangnya, Aqief. “Sebagai keluarga, jika timbul sesuatu isu berkaitan dirinya, kami akan cuba meminta antara satu sama lain untuk menegurnya. “Biasanya, Ameera akan dengar cakap saya dan Aqief. Saya juga boleh bercakap secara berdepan ataupun menghantar mesej di telefon jika ada perkara yang ingin diperkatakan. “Saya selesa dengan dua-dua cara itu,” katanya pada sidang media Disney X Naelofar yang diadakan di The Starhill, di sini, malam tadi. Neelofa mengulas isu tindakan adiknya itu memuat naik bikini merah dalam media sosial hingga menjadi perdebatan netizen, baru-baru ini. Sementara itu, mengulas dakwaan Ameera kini menjalinkan hubungan dengan pelakon Ind

Ditegur Aurat Pakai Seluar Ketat, Ryzal DurianKimchi Selar Netizen

Image
  Belum reda dengan isu memerli golongan B40 di laman media sosial, sekali lagi nama Ryzal DurianKimchi menjadi sasaran kecaman netizen setelah memuat naik satu video di Instagramnya, baru-baru ini. Video bertemakan ‘get ready with me‘ itu telah merakam pempegaruh tersebut menyarung satu set baju serta seluar pendek selepas memakai celana ketat panjang di bahagian dalam. Dalam kapsyen video tersebut, Ryzal memberitahu bahawa pemakaiannya itu adalah salah satu cara memakai seluar pendek patuh syariah. Bagaimanapun, kenyataan yang dilontarkan itu tidak dipersetujui oleh netizen dan rata-rata menganggap pemahaman suami Maryam itu kurang tepat. Tidak mendiamkan diri, Ryzal tampil pertahankan diri dengan membalas ciapan salah seorang netizen yang menegurnya itu, lalu persoalkan dari kitab mana individu terbabit rujuk. Individu berkenaan turut membalas semula dengan memberi penjelasan bahawa hukum memakai pakaian ketat bukan saja tidak dibenarkan untuk kaum wanita, malah lelaki

Watie Padam Gambar Seksi Sebab Shuib Marah

Image
  Semakin mendekati tarikh bahagia, bakal isteri kepada pelawak Shuib iaitu Watie Hanifiah sentiasa menjadi tumpuan warga maya. Baru-baru ini, satu hantaran foto yang dibuat Watie menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen apabila kapsyen yang ditulis wanita itu terlihat lucu dan mencuit hati. Kata Watie, dia terpaksa memadam foto-foto lama kerana ‘dimarahi’ Shuib, mungkin kerana seksi. Satu bulan lagi. Masih caption yang sama. Gambar je kita kasi tukar, sebab ada yang marah. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menasihati Watie agar sentiasa menjaga penampilan diri apatah lagi bakal bergelar isteri orang. Ujar netizen lagi, Watie perlu menjadi contoh dan ‘role model’ kepada anak-anak Shuib. Terdahulu, Watie dan Shuib telah selamat disatukan sebagai tunang dalam sebuah majlis tertutup pada 6 Mei lalu. Mereka berdua dijangka akan melaksanakan majlis pernikahan pada bulan Jun ini.    

Belikan Nasi Lemak Untuk Sarapan, Suami ‘Terlupa’ Isteri Sudah Meninggal Dunia

Image
  Perkongsian seorang anak perempuan tentang bapanya di TikTok baru-baru ini meraih perhatian dan mengundang rasa sebak. Menerusi video itu, Siti Nur Aqirah, 27, mempamerkan bapanya yang sedang bersedih kerana menanggung kerinduan kepada isteri yang telah meninggal dunia. Kata Aqirah, ibunya, Norlida Yaacob, 60, telah pergi menghadap Ilahi pada 16 Mei lalu akibat pneumonia dan kisah bapanya yang membeli nasi lemak untuk arwah meruntun hati warganet. Bapanya, Mat Nasir Mamat, 65, membeli nasi lemak untuk isterinya namun apabila sampai di rumah dia termenung melihat katil kosong dan menangis. Abah beli nasi dan mungkin dia terlupa cinta hatinya sudah tiada. Saya tahu abah sangat rindukan Maa dan itu kali pertama saya lihat abah nangis seperti itu, dia bukan seorang yang senang mengalirkan air mata.” Pemergian arwah sangat memberi kesan mendalam terhadap Mat Nasir yang berkongsi hidup hampir 40 tahun dengannya dan sudah tentu dia akan mengambil masa untuk menerima kehila

Warga emas maut dibaham 40 ekor buaya selepas terjatuh dalam kandang, cebisan mayat penuh kesan gigitan

Image
  SEORANG warga emas maut dalam keadaan tragis apabila dia dibaham kira-kira 40 ekor buaya selepas terjatuh ke dalam kandang di ladang reptilia milik keluarganya, di Siem Reap, Kemboja. Dalam kejadian pada Jumaat, mangsa yang berusia 72 tahun itu dikatakan cuba mengeluarkan seekor buaya dari sangkar tempat ia bertelur menggunakan sebatang kayu. Bagaimanapun, reptilia berkenaan mencengkam kayu yang digunakan mangsa dan menariknya sehingga terjatuh ke dalam kandang. Mangsa dikerumuni kumpulan reptilia berkenaan yang rakus menyiat serta mengoyak anggota tubuhnya, menyebabkan kandang berkenaan dipenuhi darah. Ketua Polis Siem Reap, Mey Savry, berkata cebisan mayat lelaki itu dipenuhi kesan gigitan. Dia berkata sebelah lengan lelaki itu turut hilang dibaham buaya. Untuk rekod, pada 2019, seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun turut maut dibaham buaya selepas dia merayau di ladang reptilia keluarganya di kampung yang sama, kata ketua polis itu. Terdapat beberapa la

[VIDEO] Terperangkap, Lepas Nikah Baru Cik Pia Tahu Boss Kay Belum Lepas Isteri Pertama

Image
  Nampaknya kemelut antara Cik Pia dan bekas suaminya, Boss Kay kembali menjadi bualan meskipun lelaki itu sudah mendirikan pernikahan dengan isteri baru, Tash Yong. Dalam  live  yang dibuat, TikTokers ini sempat mendedahkan tentang mahligai pasangan itu yang didakwa tidak mendapat persetujuan keluarga. Dia kata nak uruskan hal mahkamah bukan mudah…Nak pergi kaunseling apa semua Dalam pada itu, Cik Pia mengimbau semula kenangan pahit saat mengetahui dirinya dipoligami tanpa kerelaan. Sebelum berkahwin, Boss Kay berkata sedang dalam proses untuk berpisah dengan isteri pertama, Nooraini Noni. Mengambil sedikit masa lantaran prosedur di mahkamah yang agak rumit, saat itu Cik Pia tidak mencampuri urusan terbabit. Aku  dah terperangkap…Lepas anak kami lahir, baru  1st wife  tahu dah kahwin Selepas sebulan lebih berkahwin, kesilapan Cik Pia adalah dia baru bertanya tentang status perpisahan Boss Kay dengan Noni. Alangkah terkejutnya, lelaki itu berkata tidak jadi untuk berpisah

Puteri Sarah Seronok Watak Perampas Laki Orang

Image
  Pelakon sensasi, Puteri Sarah baru-baru ini mengumumkan dirinya telah mendapat tawaran bekerja dalam sebuah drama bersiri tak lama lagi. Namun, apa yang menarik perhatian ramai adalah watak yang dipegang oleh Puteri Sarah merupakan watak Munirah yang merupakan seorang perampas suami orang. Menurut pelakon cantik itu, dia seronok mendapat tawaran watak itu berikutan ianya amat bersesuaian untuk perkembangan kariernya sebagai pelakon. Ketika saya ditawarkan untuk memegang watak Munirah, saya tidak berfikir panjang. Saya terus bersetuju untuk jayakan watak ini sebab ia dapat mencabar kredibiliti saya sebagai pelakon. Dalam pada masa yang sama, Sarah juga menegaskan watak yang dipersetujui itu tiada kaitan dengan masalah peribadi yang sedang dihadapinya. Saya faham orang akan persoalkan kenapa saya bawa watak perampas. Tapi saya rasa watak ini menarik. Tak tahu kenapa saya seronok bawa watak perampas. Jadi, kenapa tidak? Sebelum ini, umum mengetahui bahawa rumah tangga Put

Bekas Personaliti TV Didakwa Mengamuk, Sengaja Langgar Kereta

Image
  Tular di TikTok rakaman video memaparkan seorang wanita dipercayai bekas personaliti TV terkenal didakwa membuat kekecohan apabila menyebabkan kerosakan kepada sebuah kenderaan yang diparkir di tepi jalan. Menerusi video yang dimuat naik di akaun Boom Malaysia, beliau dipercayai memandu sebuah kereta cuba mengundur untuk masuk ke ruangan parkir berhampiran premis perniagaannya. Bekas personaliti TV itu didakwa sengaja menyebabkan kerosakan kerana masih banyak ruang yang tersedia untuknya. Individu yang merakam kejadian itu menunjukkan sekitar kawasan itu di mana sampah sarap bertaburan dan terdapat sebilah pisau di atas jalan. @boom.malaysia Space bukan main besar lagi, kenapa sampai macam tu sekali? #boom #boommalaysia #artismalaysia #artist #top #celebrity #star #icon #idol #no1 #influencer #news #viral #trending #fyp #accident #kecoh ♬ original sound - Boom! Malaysia Perakam juga menunjukkan keadaan kereta rakan sekerjanya kemek serta tercalar terma

Peminat Edit Baju Sweet Qismina Guna AI Jadi Seksi Dan Nampak Lurah

Image
  Pernah dengar Donal Trump berkomunikasi dalam bahasa Melayu? Atau melihat video Barrack Obama ditukar rupa paras dari muka orang lain? Itulah contoh keupayaan dalam teknologi AI. Meskipun pada dasarnya Artificial Intelligence (Kecerdasan Buatan) merupakan salah satu cabang sains dalam menjadikan sesuatu benda mempunyai kepintaran seperti manusia. Antara cabang penting dalam AI ialah pembelajaran mesin (machine learning) iaitu keupayaan mesin yang mampu ‘belajar’ untuk menjadi pintar. Secara konsepnya, mesin yang bakal ‘diajar’ manusia perlu dilengkapkan dengan maklumat yang banyak untuk menjadikannya lebih pintar berbanding mesin lain. Dengan kata lain, mesin akan dilengkapkan dengan ribuan percubaan untuk menyelesaikan sesuatu tugas. Di sepanjang proses ini, mesin tersebut akan memahami dan mempelajari konsep untuk menyelesaikan tugas tersebut. Walaupun teknologi kecerdasan buatan ini sudah berkembang maju dan banyak diterapkan, tapi ia juga mempunyai kelebihan dan k

Puteri Sarah Tidak Mahu Kuburkan Diri Dan Canang Aib Sesiapa Lagi

Image
  Puteri Sarah Liyana memaklumkan dirinya tidak mahu lagi menghabiskan banyak masa dengan masalah dengan kemelut rumah tangga yang dihadapi bersama suaminya, Syamsul Yusof. Sarah merasakan dia telah habiskan banyak masa dan tenaga tentang hal itu dan kini mahu meneruskan kehidupan dengan aman. Sarah juga kini mahu fokus dan bergerak aktif dalam kerjaya lakonan serta nyanyian selepas mendapat banyak tawaran. Puteri Sarah tidak mahu kuburkan diri lagi… Saya tak nak buang masa lagi dah. Saya nak terbang tinggi dan Alhamdulillah banyak rezeki yang datang dari segi lakonan, perniagaan dan sebagainya. Itu yang saya nak fokuskan. Sebab saya dah terlalu banyak buang masa. Saya dah tak nak lagi kuburkan diri saya di sini sahaja. I want to fly high dan tutup babak yang tak berfaedah. Katanya lagi, dia enggan membuka aib mana-mana pihak dan tidak mahu terlalu mencanang perihal pergolakan rumah tangga yang masih dalam perbicaraan mahkamah. Puteri Sarah dalam pada itu mengharapka

Mira tak memilih asal sesuai

Image
TIDAK terlalu fokus pada menerima tawaran duta barangan sebaliknya pelakon dan pengacara, Mira Filzah menganggap ia pentas mengembangkan karier sebagai anak seni. Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 30, bertuah dan bersyukur apabila sekali lagi mendapat kepercayaan jenama terkenal penapis air Malaysia sejak dua tahun lalu. “Saya amat berbangga dan berbesar hati kerana dapat menjadi sebahagian daripada produk ini, namun bukan bermakna saya akan fokus pada menjadi duta dan kurangkan berlakon. “Menjadi duta produk ini sebenarnya adalah sebahagian daripada perjalanan karier seni. Saya rasa mempelbagaikan karier pada setiap tahun ini bagus untuk mengekalkan saya dalam industri,” katanya. Walaupun berstatus ibu dan isteri, Mira giat membina empayar perniagaan dan pada masa sama, dia masih meneruskan karier dalam lakonan memandangkan umurnya baru menganjak 30 dan masih banyak perkara yang boleh diterokai. Menurut Mira, dia tidak menetapkan sebarang kriteria

Tular Video View Chin ‘Koyak’ Netizen Tanya Mira Sedap Ke Tak, “Tampar Muka Kau”

Image
  Sedia maklum, kontroversi yang berlaku di antara pempegaruh View Chin dan skandalnya, Mira Firdaus sememangnya menjadi perhatian netizen. Perkembangan pasangan tersebut selalu ditunggu warganet dan baru-baru ini, muncul lagi satu lagi video memaparkan live View Chin sedang menjual produk. Bagaimanapun, penjualannya terganggu selepas beberapa netizen meninggalkan komen tidak senonoh mengenai Mira di ruangan komen hingga membuatkan View Chin berasa berang dengan soalan yang diajukan. Susulan meluahkan rasa berang selepas netizen bertanya soalan lucah mengenai Mira, ramai memerlinya cepat ‘koyak’ dengan soalan netizen. Kau ni bodoh. Siapa tak koyak kalau orang tanya girlfriend/boyfriend you sedap ke tak. I tampar muka you kalau tak koyak. Pondan! Dalam pada masa yang sama, View Chin turut berkata individu yang menanya soalan tersebut seseorang yang tidak tahu untuk menghormati wanita. Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen tidak menyebelahi View Chin dan beranggapan

Virgoun Tarik Semula Lafaz Talak 3, Inara Rasmi Terus Failkan Tuntutan Berpisah

Image
  Lantaran geram aib kaki perempuan disebarkan kepada umum, terdahulu penyanyi lagu ‘Surat Cinta Untuk Starla’ telah memfailkan tuntutan berpisah dengan isterinya, Inara Rusli. Khuatir suaminya bakal merebut hak jagaan anak, Inara kemudiannya terpaksa membuka purdah untuk mencari kerja menafkahi 3 budak berkenaan. Rupanya Virgoun lafazkan talak 3 ke atas Inara Namun tak lama selepas itu, Virgoun telah mencabut semula gugatan talak di mana hal itu disahkan sendiri oleh peguam syariah yang mewakilinya ke mahkamah. Jelas Inara, tidak mungkin mereka boleh bersatu lagi sebagai suami isteri kerana rupanya Virgoun telah melafazkan talak 3 kepadanya. Inara kini failkan semula tuntutan untuk berpisah Jika mahu bersatu semula pun, Inara sudah semestinya perlu kahwin dulu dengan orang lain. Tapi nampaknya, semangatnya yang menanti waktu untuk bergelar ibu tunggal jelas kelihatan. Selain sudah kembali bekerja sebagai duta sebuah klinik estetik, Inara telah mendaftarkan tuntutan

Kantoi buat ‘projek’ dalam kereta… Pasangan kekasih ditahan polis

Image
  PADAH  melakukan perbuatan tidak senonoh di tempat letak kereta di Tasik Bukit Layang-Layang, Johor, sepasang kekasih ditahan polis pada 23 Mei. Ia berikutan video perbuatan sumbang itu tular di media sosial. Ketua Polis Daerah Seri Alam Superintenden Mohd Sohaimi Ishak berkata, tangkapan ibuat pada jam 11 malam. “Kami telah memulakan siasatan berhubung perkara itu dan berjaya mengesan pasangan terbabit sebelum menahan mereka sekitar Pasir Gudang. “Suspek lelaki berusia 29 tahun manakala perempuan 19,” katanya ketika dihubungi. Mohd Sohaimi berkata demikian ketika diminta mengulas video berdurasi 42 saat yang memaparkan sepasang kekasih dipercayai melakukan perbuatan tidak senonoh di dalam kenderaan berwarna putih. “Kami akan berkongsi butiran lanjut sebaik mendapat perintah reman,” katanya sambil menambah ini adalah kejadian kedua berlaku di Seri Alam. Kes pertama pada 6 April lalu, apabila polis Pasir Gudang menahan seorang suspek lelaki berusia 22 tahun dan teman

Panas Isu ‘G@ng B@ng JB Party’, PU Syed Minta Kerajaan Pantau Tw!tt3r

Image
  Pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Syed meminta kerajaan khususnya Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil untuk memantau aplikasi Twitter sama seperti media sosial lain antaranya TikTok. Ini kerana, beliau berpandangan bahawa aplikasi tersebut sangat bahaya dan perbincangan di antara penggunanya sangat terbuka terutama selepas penceramah itu membuat pendedahan mengenai perancangan pesta seks bebas ‘Gang Bang JB Party’ di Johor. Difahamkan, hantaran berhubung pesta seks bebas itu dimuat naik di Twitter sebelum menjadi perhatian ramai. Pendedahan di sambut baik oleh Exco Johor Menerusi video yang dikongsikan oleh PU Syed atau nama penuhnyaSyed Mohd Bakri Syed Ishak, kelihatan pesta berkenaan akan berlangsung pada bulan Jun akan datang dan pelbagai syarat untuk menyertai parti itu turut dipaparkan. “Perbincangan di sana (Twitter) sangat terbuka, sebagai contoh isu yang saya bawa mengenai ada perancangan pesta seks akan dibuat di Johor. Alhamdulillah

Shila Amzah Beri ‘Hint’ Hubungan Cinta Dengan Ubai Berakhir?-“Terima Kasih Untuk 5 Bulan…”

Image
  Penyanyi Shila Amzah, 32, memberi bayangan hubungan percintaannya dengan pempengaruh media sosial, Ubai Mz, 25, sudah berakhir. Menerusi sebuah hantaran dalam Instagram, Shila memuat naik sekeping gambar bersama Ubai dengan kapsyen terima kasih kerana menemaninya selama lima bulan ini. View this post on Instagram A post shared by Shila Amzah (@shahilaamzah) “Terima kasih untuk lima bulan terbaik ini. Awak telah menjadi teman terbaik saya. Terima kasih sudah memberikan kasih sayang kepada Seth. “Saya hanya mendoakan yang terbaik untuk awak. Semoga awak dimurahkan rezeki dan semoga awak dapat segala yang dihajati. “Terima kasih untuk segalanya. Saya akan ingat memori ini sampai bila-bila,” tulisnya. Sebelum ini, pasangan itu mendedahkan sedang dalam perancangan untuk melangkah ke alam rumah tangga. Ubai sudah membeli sebentuk cincin, namun segalanya masih dalam perbincangan antara keluarga. Terdahulu, Shila dan Ubai mengesahkan hubungan percintaan mereka